Wednesday, May 29, 2013

usaha tawakal

nikmatnya bila usaha yang dilaksanakan mecapai hasil yang diingini dengan izinNYA.. ya dengan izinNYA..kita hanya manusia yang tersangat lah lemah...kita tidak mempunyai apa2 selain daripada mengharapkan limpah kurnia rahmat dan kasih sayang Allah swt...

contohnya kita ambil contoh dalam scope yang kecil iaitu apabila di alam belajar...kita usaha belajar bersungguh sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang...akan tetapi sampai satu tahap matlamat kita tak kesampain..maybe memerlukan langkah yang lebih panjang baru kita peroleh kejayaan...sesungguh segalanya berlaku kerana dengan izinNYA kita berjaya... Allah swt melambatkan kejayaan kita kerana DIA ingin kita peroleh hikmah tertentu kerana hanya DIA mengetahui apa jua yang terjadi pada hambaNYA sedang kita tidak tahu apa2..yang pastu usaha dan tawakal, itu yang penting...

bile kita apply konteks kerja keras atau usaha dalam bidang pekerjaan juga begitu...untuk mendapatkan kedudukan yang lebih selesa kita perlulah mempunyai pengalaman dengan mulanya kita dari bawah...sedikit demi sedikit kita menimba ilmu dan pengalaman...dan selebihnya terpulang pada Allah swt untuk memberi rezeki tengtang pangkat dan sebagainya...yang penting kita usaha dan tawakal kepada Allah swt...sesungguhnya kita tak sedar dalam meniti ranjau untuk menempuh matlamat pelbagai hikmah diperoleh dalam kita sedar mahupun yang kita tak sedar...seperti yang kita tau segalanya adalah dari Allah swt kerana sesungguhnya Allah swt mengetahui segalanya sedang kita manusia tidak mengetahui apapun...

dan bila kita gerak pada scope lebih besar iaitu bila apply dalam konteks kehidupan untuk menjadi mukmin yang sejati dengan bermatlamatkan keredhaan Allah swt dan kejayaan hakiki iaitu syurga Allah swt...untuk mendapat apa yang diingini bukan dengan sambil lewa..tidak sama sekali....untuk mendapatkan kejayaan yang diingini kita ada misi iaitu hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah...dan setiap perbuatan kita yang dilaksanakan didunia ini segalanya diketahui Allah swt kerana DIA tuhan yang maha mengetahui sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi...

untuk mengamalkan hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah pada zaman ini iaitu akhir zaman penuh dengan liku dan ranjau yang perlu diharungi....yang pasti setiap yang berlaku adalah ketentuanNYA kerana Allah swt ingin memberi hikmah yang terbaik untuk kita... kita perlu yakin dan berserah kepadaNYA..

walaupun ada kesukaran melaksanakan segalanya kerana kita manusia penuh dengan kelemahan, yang pasti kita sedar perbuatan salah kita dan memohon keampunan terhadapNYA...pokok pangkal kesukaran itu harus usahakan untuk tangani...

yang penting jaga hati...kerana hati yang mengawal segalanya...

apa khabar hati? apa khabar iman?

No comments: