Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
"Ketahuilah bahawa yang dikatakan kehidupan didunia itu tidak lain hanyalah bawaan hidup yang berupa semata mata permainan hidup dan hiburan yang melalaikan dan perhiasan yang mengurangkan, juga bawaan hidup yang bertujuan bermegah megah diantara kamu dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan serta berlumba lumba membanyakkan harta dan anak pinak; semuanya terhad waktunya samalah seperti hujan yang menumbuhkan tanaman yang menghijau dan subur menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar ke suatu masa tertentu, selepas itu engkau melihatnya berupa kuning dan akhirnya hancur bersepai; dan hendaklah diketahui lagi bahawa akhirat ada azab yang berat disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu dan ada pula keampunan besar serta keredhaan dari Allah disediakan bagi orang orang yang mengutamakan akhirat. Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang orang yang terpedaya"
No comments:
Post a Comment